Sunday, January 30, 2011

;(

skarang tatau knape dgn shrek.cepat sentap aku.dah berubah hati ke? :(

Sunday, January 23, 2011

in memories of jingga

jingga? tu adalah nama samaran untuk kucing kesayangan aku, OREN. oren lahir pada tahun 1994, skali dengan adik beradiknya, snow dan three colour.waktu tu aku kecik lagi.balik je dari tadika aku mesti jengok diorang. aku sanggup korbankan satu botol susu kesayangan aku demi untuk menyusu kan ketiga tiga ekor kucing nih.aku tak tau la mana pergi mak dan bapak diorang.mungkin mati. kitorang jumpa kucing kucing nih dekat belakang stor rumah aku.sebab kesian ibu pon bela diorang.ayah siap buatkan cage khas untuk mereka. aku sayang sangat diorang. rasa macam adik beradik dah. masa umur aku 16 tahun.time tu aku form 5,three colour meninggalkan dunia.kata ibu sakit tua.mati betul betul menghadap kiblat.first time aku tengok kucing mati cantek.takde sikit pon kekotoran kat badan die padahal dalam tiga tiga ekor dia lah yang paling comot. mungkin dia dah tau ajal dah dekat jadi tanak kotor kotor kot.2 tahun selepas tu, giliran snow pulak tiba.time tu ibu dan ayah takde kat rumah.diorang pergi menunaikan haji.jadi aku dan angah yang uruskan.aku tak dapat nak mengadap saat saat teakhir snow menghembuskan nafasnya,sebab kami hantar dia ke klinik.snow dah tak boleh jalan.doktor kata sakit buah pinggang dia dah teruk.memang sebelum ni pon masa dia sehat,dia dah ade sakit buah pinggang, bila kencing mesti keluar darah skali.time ibu balik haji,ibu hampir nak pengsan bila kami bagitau snow dah takde.bagi ibu kucing kucing kami semua dah macam anak dia. tinggal lah oren sekor je. dalam masa bapa tahun lepas kedua dua adek dia dah takde,macam2 kerenah oren yang kami layan.dia dah mula nyanyok.kadang-kadang bila kami bg makan,dia habeskan,tak sampai bape minit dia datang balik dapur mintak makanan.mula2 kami ingat dia lapar.lama2 baru tau.rupanya dia dah mula nyanyok, dia lupa dia dah makan. kadang2 kami gelak bila dia buat hal. tulang dia dah mula tak ok.nak panjat kerusi yg rendah pon oren dah tak mampu.kadang2 aku yang kene dukung dia bawak naik kerusi atau mana mana tempat yang dia nak panjat. oren slalu jugak gadoh ngan ayah.mana tempat ayah duduk kat situ la dia nak duduk jugak.sampai ayah fed up terus masuk bilik.kitorang yang laen ni memerhati dari jauh dan gelak terbahak bahak. ibu kata kalau aku balik unisel oren slalu tido tempat aku.rindu aku la tu.aku slalu kacau dia tido,maen2 ngan dia,geletek2 sampai aku kene gigit.haha.bila ingatt suma tu aku jadi sedih.harini oren dah takde.dah 2minggu dia suffer,tak makan tak minum berak pon tidak.semalam aku bawak dia pergi klinik haiwan.doktor kata buah pinggang oren dah takde bentuk,kata doktor lagi age factor.doktor minta aku tinggalkan dia sehari,nak bg ubat dan masukkan air dalam badan.aku sayu btl tgk dia sebelum aku balik.sempat aku usap2 kepala dia time tu.aku ingat dia boleh selamat tapi tgh hari tadi doktor call kata oren dah takde.doktor dah cuba sedaya upaya selamat kan dia.aku sedih btl.ibu dan ili tak benti2 nangis. kami dah bersama oren selama 17 tahun.memang susah aku nak lepas kan oren. tapi apa boleh aku buat,dah ajal dia.
aku selamat kebumikan dia kat depan rumah,betul betul bersebelahan dgn tempat aku tanam snow dan three colour. lepas sejam tanam. hujan turun.lebat sangat lepas dah bape hari tak hujan.tiba2 harini hujan. hujan pon macam tau hati kami sangat sayu dengan pemergian oren. oren u're always gonna be in our memories. i love you.

                                                                 three colour

                                                                     snow
                                         oren masa muda-muda,tembam lagi masa ni.

                                                                   photo tiga beradik :(
bukan senang nak amik gamba tiga tiga ekor skali.diorang slalu gado.

 photo ni aku amek tahun lepas.saja buli oren,suruh dia pakai tudung.padahal dia jantan.hehe,dia pon ekot je.lepas aku tanggalkan tudung tu aku kene cakar.marah la tu.huhu.

 ni the latest photo yang aku amek sebelum oren saket.dia dah mula kurus masa ni.bila tgk balik gamba gamba ni.aku rasa macam nak meraung. rasa macam dah makin kurang ahli keluarga aku. lepas ni tatau giliran sapa pulak yang pergi tinggalkan aku. tak sanggup aku nak menghadapi kematian  lagi.

Thursday, January 13, 2011

fatso

im getting fat and fatter everyday.tahla macam mana nak kawal nafsu makan aku pon tatau.aku try tanak makan nasi dalam sehari but still cant.rasa macam nak pitam.mata kelabu,kepala berpinar pinar kalau tak makan nasik sehari. nampak sangat perot aku ni perot melayu tulen.hahaha plus macam mane nak diet kalau hari hari ibu masak sedap.kalau aku masak pon aku, still aku bedal habes habesan.huhu. takot pulak shrek tinggalkan aku sbb maken gemok. dia maken kurus ;(


aku di ibarat kan macam kucing kat atas ni :(