Monday, August 30, 2010

hari ni bertarikh 31 ogos,aku duduk depan pc dalam keadaan buntu,kenapalah facebook tak boleh nak dibuka.geram betul rasanya,bukan maen susah payah balik ke shah alam dengan harapan boleh online puas puas sambil selesaikan kerja kerja yang tertunggak (order kueh yang tak terlampau berlambak), fatin pula bagi comment 3 hari lepas,katanya nak order cupcake untuk birthday celebration untuk dia dan nono. alhamdulillah diorang mintak corak yang simple simple je. takde lah otak aku penat sangat nak buat corak plus nak buat kueh lagi. aku berdoa agar lepas ni ramai lagi yang order cupcakes dekat aku.kalau boleh aku nak meluaskan perniagaan kecil kecilan aku ni ke besar besaran pulak. cita cita aku nak buka bakery,nak sambung hajat ibu yang belum tercapai, kesian dia.dulu dah ada kedai tapi maklumlah kalau ada sharepartner ni memang susah.lagi lagi bila dapat yang tak sebulu. akhirnya lingkup perniagaan dan ibu mula menjual di rumah je.tapi bagi aku okay jugak, banyak lagi orang beli bila ibu buat dirumah dari menjual di kedai. haih. dalam aku tengah busy buat cookies ni,ibu dengan angah pegi shopping la pulak.adehyyy tape la bagi mereka time untuk membeli.

Saturday, August 14, 2010

haritu.

sehari sebelum aku balik ke shah alam untuk cuti mid term, satu kejadian yang betul betul menyakitkan hati jadi. shrek janji nak bersahur sama,jadi aku masak nasi siap siap sebelum tidur. shrek suruh aku kejut kan dia pukul 4 pagi. so aku pon buat alarm, walaupon penat aku cuba jugak bangun pukul 4 tu.aku call shrek, tut tut dia angkat then cakap suruh kejot pukul 5 pulak. aku betul betul penat sebab pukul 10 nanti ada class statistic. aku bg msg kalau nak dtg dtg tamau sudah die reply tanak datang.geram betol rasa nya.tatau la kenapa pagi tu aku macam baran sangat,kami gaduh besar. penat aku tahan air mata tapi ta bole jugak, akhirnya nanges2 macam orang gila kat depan nasik.haha.
aku rasa shrek betul betul rasa guilty dia hantar satu msg panjang cakap sorry suma sbb lately ni selalu buat aku sakit hati. then kiteorang okayy tapi selera utk bersahur tu dah takde.
nak dekat petang siket aku ingat kan nak ajak shrek buka kat luar tapi dia tanak pula memandangkan hujan kat BB lebat sangat. so bila dah mula reda sikit aku dgn bayek pg pasar carik carik barang siket nak masak. dari sikit jadi banyak la pulak.hahaha kitorang terjumpa satu gerai ni jual macam macam lauk sedap.bayek decide nak beli lauk kerabu mangga and aku amek satu lauk daging ni.tapi masak ape pon aku tatau.haaha nampak macam sedap beli jela kan? so lepas dah beli lauk tu sikit,bayek cakap nak buat tahu sumbat. kiteorang pon bergegas ke gerai yang belakang sikit, gerai sayur sayur.nampak sayur sawi pendek tu aku rase macam nak masak sayur sawi pendek goreng.sedappnyee. jadi kami beli tahu rm2, sayur sawi pendek tu,timun and tauge. dah habis beli bayek pusing belakang nampak sotong pulak,dia cakap macam  nak buat sotong goreng tepung. aku cakap tapayah la,macam dah banyak je lauk. so kitorang pon balik. time nak masak boleh pulak dapur gas tu buat hal.tepaksa pinjam dapur gas housemate kitorang.fuhhh! panas kan lauk asam pedas ikan tenggiri,bau dia menusuk kalbu.haha. selesai masak suma kitorang hidang kat meja.nak makan 3 orang je tapi macam makan tok 6 orang. lauk asam ikan tenggiri, sayur sawi pendek goreng daging, daging manis, kerabu mangga, tahu sumbat, popia basah.haaa macam macam kan.
bila time buka aku tengok shrek berselera gila,padahal lauk suma tawar except yang kami beli kat gerai tu.haha, naseb lauk asam tu sedap. walau pon tawar banyak gak kitorang makan.lapar la katakan.haha.
lepas shrek balik, dia msg ajak kitorang klua tgk mubie,dia cakap nak tgk cita GARAM? aju pon tak sure cita apa.lepas dah siap suma kitorg gerak naek kereta kawan shrek.kami keluar berempat. dalam kereta dia tanya nak tgk cita apa.mule mule aku cakap la jum la tgk cita the last abander, tapi dia tanak. dia cakap GARAM la nak? aku ngan bayek pon macam pening2 sket.ta pena dgr cite garam pon. bayek tanya cite apa tuh? shrek cakap laaa takan tatau. SALT LA.hahaha. kitorang pon ouhhh salt ka?
then sampai ou tgk la cite tuh.kagum betul aku tgk angelina jolie tu.stylo sangat dia bawak watak evelyn salt.rasa macam jadi dia pulak tapi aku tanak la jadi pembunuh.haha cantek sungguh ciptaan tuhan.tapi sayang dia bukan islam kan.huhu
rasa lega sikit dapat spend time dgn shrek before cuti nih.aku tau lepas ni dia busy dgn project dia balik.

last wednesday

aku buat cupcake,ade orang order,penat betol rasenye bile buat cupcakes bulan bulan puasa ni.rase na jilat jilat je cream nih,tapi apa kan daya,puasa kan.hahaha.dugaan betol.ni lah hasil nya :










Monday, August 9, 2010

money money money

OMG ouh ouh ouh! jum nyanyi lagu usher jum jum

gile pening pening pening, nampak perubahan ketara kat shrek harini.rase macam nak gaduh je.haih! hem malas aku nak layan perasaan aku nih.kalau layan jugak boleh gila di buat nya.all the best to him.esok die test. good luck honey u can do it.huhu semoga shrek dapat berkat guna calculator aku.huhu

i havta fine as much moneys i can before finalsss, nak bayar yuran.taleh nak depend on my parents. sian depa da banyak duet melabur kat aku. duet diorang da habes. ibu pon risau macam mana na bayar yuran aku ;( keluarga kami bukan orang senang. sem ni aku bertekad na bayar guna duet sendiri memandang kan sem nih ta dapat PT.
macam macam benda aku cuba nak jual, baju2 aku yg terpakai ta brape orang nak beli nih jual kueh raya pulak.hopefully menjadi. tadi petang baru aku meronda kat fakulti cari cari lecturer bagi sample kueh bagi diorang rasa.hope diorang order la nanti kan.huhu rakan rakan doakan kejayaan aku okayyy.

cupcakesss

cupcakes that i made for my dear hubby ;D

these are some cupecakes that people order frem me:



more pictures will be uploaded, stay tuned fellasss ...
  bawah ni design yg aku bole buat ;D






Thursday, August 5, 2010

kegeraman melanda

kepercayaan yg diberi kepada ibu telah di salahgunakan,perghhh memang rasa geram betul la. aku bagi password kat ibu pon sebab kene paksa, dia cakap nak tolong jaga kan farmville aku. skang ni tgk2 die sedap sedap je tolong reply comment or comment orang ekot suke suke die. ;(

Sunday, August 1, 2010

my shrek.

ohhhh i miss my blog, i miss typing things in here!
i've been busy lately (not actually busy busy,get it?). sem ni ada 2 more subject je so class pon tak banyak but still susah nak dapat online.duhhh.al maklumlah after laptop dah kene curi ni memang lagi susah la nak dapat online kat batang berjuntai tuh. nak pergi cc rase macam membazir la plak kan. so apalagi,bila balik shah alam jela boleh online tu pon kene ikot turn. as usuall ibu akan conquer pc.adehhh. lappy ayah pulak buat hal.adoyay banyak betol masalah ;(

Lately ni aku rasa sunyi betol. kurang dapat tumpuan dari shrek. sem nih shrek pindah satu taman dgn aku, ingatkan bila rumah dah dekat lagi keraplah kami boleh jumpa tapi lain pulak jadinya. rasanya sebelum2 ni bila shrek duduk jauh lagi selalu jumpa dari sekarang.adoy. shrek cakap dia betol betol busy sem nih.,final project la katakan. everyday ada meeting ngan groupmate plus hari hari ada je kerja yang lecturer bagi kene submit cepat. jadi memang takde masalah tok aku.aku betol betol rindu dia. msg pon jarang di reply apatah lagi bila call ade je alasan dia bagi. aku cuba tok faham tapi tatau la knape aku slalu bersangka burok and fikir benda benda yang bodoh and tak sepatotnya. one day bila aku online aku bukak page shrek tgk dia macam seronok comment dengan sorang minah ni. cun boleh tahan la kot dari gamba profile dia, timbul rasa cemburu bila tgk comment2 diorang nih. yela mane tak cemburu kan,bila aku bagi comment memang harapan la dia nak reply tapi bila pompuan lain yang comment tak menyempat nak reply. kecik hati sedih suma ada,kadang kadang aku rasa macam dia ta sayang kan aku. kata takde masa tapi bila online utk pompuan lain ada pulak masenya ;(
waktu tu jugak aku call shrek, dia dalam class time tu. kata dia membe class jela,"jangan jealous sangat boleh". so aku diam jela. lepas lama sket aku msg pulak tanya lagi dia ada pape ke dgn pompuan ni,dia cakap tak membe class,then aku tanya u everyday pegi library dengan dia ke? then dia jawab hermm tak la slalu kadang kadang je. lepas dia bagi jawapan tu aku macam sedih sket. boleh spend time ngan pompuan laen tapi ngan awek sdr susah betol. aku pon tanya lagi dia cantek ka? tut tut shrek terus tak replyy. korang boleh bayangkan tak apa yang aku rase time tu?? sure la fikir bukan bukan kan? aku nih pulak memang slalu cemburu tak bertempat so aku terus send lagi satu msg : uhati dah tertawan ke?tu sbb tale na reply kan?
mmg lepas tu dia da ta reply msg aku.aku pon bodoe jugak suka menaik kan kemarahan dia.haih lepas bape jam aku msg lagi ckp sory tiba tiba dia reply cakap tadi dia mandi plus nak jumpa aku jap. after bapa minit dia sampai depan rumah and kitorang berborak. aku pon apa lagi sambung la balik pasal minah tadi, dia cume gelak gelak je bila aku tanya,last last dia jawab memang dia tade pape ngan that gurl plus ade classmate die na ngorat that girl and dia cakap pompuan tuh ta lawa,so aku macam lega sket. then suddenly aku macam nanges, aku dah cuba nak kawal feeling tuh tapi tekeluar jugak air mata tu. shrek macam pelik gila. dia duk tanya napa suma,then dia explain, dia cakap sorry sebab taleh na layan aku sangat sem ni.dia betol betol busy and dia nak aku faham dia and bagi space tok dia buat keje suma. then dia balik.

malam tu as usuall aku susah nak tido.banyak yang aku fikir, aku selalu buat benda benda yang boleh buat kitorang gadoh plus aku la yang slalu syok sendiri gado. shrek buat bodoh je. bila fikir balik,dia banyak sabar dgn kerenah aku dgn prangai aku yang macam macam nih.kalau laki lain dah lama aku kene tinggal. lagi 2 bulan kitorang akan celebrate 2years anniversary. baru nak 2 tahun tapi rasanya macam dah bertahun tahun aku dgn dia. start dari hari tu aku cuba kawal diri and cuba nak memahami dia. aku takan msg bila dia busy, even kitorang jarang dapat jumpa pon aku cuba tak merungut. sometimes aku masak kan meggi or ape2 makanan tok dia makan dgn aku. bila buat macam ni la baru dapat jumpa dia even skejap pon aku rasa lega sket. setiap hari lepas solat aku akan berdoan biar jodoh aku dan dia di panjangkan biarlah hingga ke akhir hayat, did unia dan di akhirat,biarlah dia ingat kat aku walau pon dia busy buat kerja harian. aku tak larat na mulakan relationship yang baru plus aku betol betol sayang dia. 

jika aku jatuh cinta

i read this book, then ada puisi yang menarik. just wanna share with u guys.

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padamu
Untuk mencintaimu.

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya,
Agar tidak melebihi cintaku padamu.

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya bertaut padamu
agar aku tidak terhatuh dalam jurang semu.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku bermohon padamu
Untuk selalu mencintaimu.